16 Disember 2008

Los dan Faun: Sebuah review yang penuh dengan syak wasangka, ha ha

Disclaimer
Kau keluar dari panggung dan kau segera lupa dengan apa yang kau telah tonton tadi. Kendatipun, bukanlah kau tidak cuba untuk mengingat-ingat… ermmmmmmm…. Sudahnya, kau mendakwa, kau lebih suka tengok filem porno. Sebab, selepas kau tonton filem porno – kau syak, kau masih boleh mengingat-ingat. Ha ha.

Pengenalan
LOS DAN FAUN mengisahkan dua orang sahabat karib, Los dan Faun, yang berhijrah ke kota besar untuk mencari sesuap makan. Pada suatu hari, dengan tidak semena-mena, Faun telah mendapat kepandaian untuk menganalisa (berdasarkan alasan-alasan yang berlandaskan logik akal) sesuatu perkara yang telah pun berlaku. Oleh hal demikian, mereka telah mengkomersialkan kepandaian ini dengan menubuhkan sebuah agensi mencari barang-barang hilang.

[Oh ya, sejak zaman dahulukala, kerja-kerja mencari barang hilang ini banyak dilakukan oleh tukang tilik/bomoh dengan kadar upah yang ‘Ikhlaslah nak bagi berapa!’ ‘Ikhlaslah nak bagi berapa!’ bukanlah suatu prinsip dalam bidang komersial.]

Aku syak, Fauziah Latif memang seorang yang manja, sama ada di luar filem mahupun di dalam filem. Aku syak, Fauziah Latif telah melakonkan watak dirinya sendiri di dalam filem ini. Dari tutur kata, liuk mata, getar bibir, gerak tubuh, (adakalanya kau rasa macam kau kenal benar dengan Fauziah Latif sehinggakan kau semacam boleh tahu Fauziah Latif pakai minyak wangi apa pada ketika itu) – manja Fauziah Latif ini bukanlah manja yang dibuat-buat. Jadi, lelaki manalah yang tidak akan berfantasi yang bukan-bukan, alahai! Untunglah kau, Rochang Nor!!!! HA HA.

“Hello bang! Fauziah Latif tak berlakon dalam filem LOS DAN FAUN ya!”

Oh! Iye? Ha ha.

Ok! Tetapi, LOS DAN FAUN masih punya Erra Fazira. Ya! Erra Fazira juga sangat cantik! Lantas, lelaki manalah yang tidak berfantasi yang bukan-bukan, alahai!

[Dalam filem ini, Faun jatuh cinta dengan Jasmin; mengakibatkan ‘kepandaian’ Faun menjadi tumpul. Ya, selain porno yang boleh mengakibatkan kau jadi buta… cinta juga begitu sifatnya: membutakan dan menumpulkan.]

Sinematografi
Tak ada banyak yang aku boleh perkatakan. Kalau kau pernah tengok Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumo-lah – hah, LOS DAN FAUN pun macam itulah. Hey, tapi kalau kau suka tengok Buli, Buli Balik, Sumo-lah – kau akan suka filem ini.

Pengarahan
LOS DAN FAUN adalah Buli campur Buli Balik campur Baik Punya Cilok campur Sumo-lah. Pendek kata, LOS DAN FAUN adalah filem oleh ‘kawan-kawan yang kita suka’ yang tersangatlah Afdlin Shauki. Sebagai rekod, filem ini arahan pertama Afdlin yang bukan Afdlin sebagai perlakon utamanya.

[Dan, hal ‘kawan-kawan yang kita suka’ ini adakalanya membawa padah (Rujuk ROMLAH: The Untold Stories). Hey! Tapi kami peduli apa!]

Cuma, kadang-kadang kau nak tengok style pengarahan yang lain daripada Afdlin.

Sebab dan Akibat/Kuasaliti
Macam… pada suatu hari, kau rasa nak pergi ke SS2. Kau start enjin kereta, dan kau drive menuju ke SS2. From point to point tu kau akan isi dengan apa-apa yang berlaku. Cuma, dalam Los dan Faun, kau fikir kau boleh ikut Jalan Sungai Besi untuk ke SS2, tiba-tiba kau rasa tak logik kalau kau guna Jalan Sungai Besi tu… lalu kau patah balik, kemudian kau cuba pula ikut Jalan Duta, tiba-tiba kau rasa tak logik kalau kau guna Jalan Duta tu, et cetera et cetera… sehinggalah kau benar-benar jumpa jalan yang sesuai dan logik (berdasarkan analisa kau) untuk sampai ke SS2. Hah, masa nilah - polis datang dan tangkap semua penjahat! Dan, kau ada peluang untuk berkasih dengan perempuan cantik. Erra Fazira, misalnya.

Dan, hal ini, merupakan core yang kau perlu bentuk dalam menghasilkan cerita-cerita berbentuk Detektif Conan ini. Hey, tapi kalau kau suka kartun Detektif Conan – kau akan suka filem ini.

Moral
Afdlin selalu kata, filem-filem beliau ada mengandungi moral (yang terselindung di antara baris-baris teks). “Kena tengok dulu! Baru boleh tahu!” Ha ha. Aku rasa ini semua strategi pemasaran untuk mengajak penonton ke panggung.

Secara peribadi, aku syak, aku tak jumpa moral yang Afdlin cuba nak terapkan ini. Kalau ada pun, aku syak, moral-moral itu banyak dan berpencar-pencar. Ataupun, apa yang Afdlin maksudkan itu bukan ‘moral’, tetapi ‘mockery’! Aku cuma syak. Kalau silap – jangan marah!

[Moral? Moral ada dua jenis. Satu - moral baik. Dua - moral tak baik. Period.]

Lakonan
Khir Rahman
Khir Rahman amat bagus. Aku syak, pembentukkan skrip yang sedemikian rupa telah banyak membantu Khir Rahman dalam memperankan wataknya itu. Aku suka. Sangat kacip.

[Aku tak pasti, skrip itu yang membentuk watak Khir Rahman ataupun Khir Rahman yang telah membentuk skrip itu sehingga menjadi sedemikian rupa.]

Aku syak, Khir Rahman pula akan jadi peran utama dalam filem arahan Afdlin yang akan datang, aku syak.

Noor Khiriah
Noor Khiriah mati terapung di dalam tong takungan air. Ha ha. Ada sekali tu, sedang dia asyik terapung dengan matanya yang terbeliak – pelupuk matanya TERkelip. HA HA.

“Hah! Kalau lu teror lu bikinlah, bang! Gua nak tengok berapa lama lu boleh tahan kelip!”

Iyalah, iyalah!

Ida Nerina
Siapa tak kenal Ida Nerina! Perghhhhh!

Sofi Jikan

“Kat mana ada jual rokok?” Sofi Jikan tanya.
“Kat Tupai-Tupai ada kot!” Aku jawab.

Ha ha. Ini bukan sebahagian dialog dalam filem LOS DAN FAUN. Ini perbualan singkat dan penuh ilmiah kami ketika bertemu semasa MASKARA SHORTIES dulu. Ha ha. Dan, aku syak, untuk jadi hip - kita semua kena hisap rokok.

Kesimpulan
Kalau kau memang suka gila kat Afdlin Shauki dan kartun Detektif Conan – kau akan suka LOS DAN FAUN. Aku? Ya, aku lebih suka filem porno. :)

19 November 2008

HISTERIA: Sebuah review semi teknikal berdasarkan 'syak wasangka', ha ha

Image Hosted by ImageShack.us
Yang mati kena ratah ni bukan Liyana Jasmay

Disclaimer:
Terus terang, aku lebih suka tengok filem porno (dari garapan Encik Andrew Blake, misalnya), HA HA.

Nota dari Press Kit:
HISTERIA adalah sebuah filem seram bersifat ‘universal’ yang berkiblatkan filem-filem seram Hollywood (ber-trademark-kan ‘jalan cerita yang ringkas dan mudah untuk difahami’) merupakan filem arus perdana pertama arahan James Lee. Ceritanya pula ditulis oleh James Lee dan Amri Ruhayat. Period.

Sinematografi:
Kamera – Aku syak, James Lee dan tenaga produksinya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan penerapan nilai-nilai ‘Asas Seni Lukis’ dan ‘Prinsip Rekaan’ untuk menghasilkan shot-shot dalam HISTERIA. Depth of field bagi sesetengah shot begitu melegakan mata – aku suka. Aku syak, filem ini hanya dihasilkan dengan penggunaan tripod atau dolly sahaja; tanpa penggunaan camera crane. Kalau ada – sorry, aku tak perasan.

Pencahayaan – Aku syak, James Lee dan tenaga produksinya gemar bermain-main dengan gaya pencahayaan Rembrandt bagi mewujudkan mode seram. Satu part yang aku betul-betul suka – pencahaya untuk shot ‘minah membersihkan radas di dalam makmal sains sebelum dia kena ‘ratah’ dengan hantu raya’. Aku syak, dua lampu telah digunakan (dalam shot ini). Kendatipun, kedua-dua buah lampu ini tidak disusun secara selari (bertentangan di antara satu sama lain/Butterfly), sebaliknya lampu pertama telah ditempatkan di sebelah kiri subjek dan lampu kedua telah ditempatkan agak jauh ke hadapan di sebelah kanan subjek – apa yang berlaku adalah, ketika minah tu duduk, highlight ‘jatuh’ di sebelah kanan mukanya – kemudian dia dengar ‘something’ dan dia bangun dan berjalan ke hadapan – dan apabila minah tu sampai di hadapan frame, highlight ‘jatuh’ di sebelah kiri mukanya. Masa tu aku menyumpah di dalam hati, “Cilakak lu James! Hell na! [Pergh, aku betul-betul suka shot ni.]” Aku tak pasti sama ada ia cuma kebetulan atau lampu-lampu itu telah disusun sedemikian rupa. Kalau memang ‘telah disusun’ – “Rajin tu, siotttt!” Bravo!

Oh ya, aku syak, filem ini juga tidak menggunakan fogging bagi menampakkan lagi kesan pencahayaan yang berkabut.

Peran:
Aku suka ‘permainan’ peran-peran lelaki dalam filem ini (kecuali Adman). Aku syak, perwatakan manusia-manusia yang menjalani rutin harian yang samaaaa pada setiap hari memang begitu – mendatar. Kendatipun, ‘permainan’ tutur kata mereka yang flat dan sengaja dibuat-buat ini ‘ada texture!’

[Yalah, dah kalau kerja kau polis/pegawai penyiasat Bukit Aman – hari-hari kerja kau, menyiasat – tanya soalan, takkanlah ada satu hari tu kau akan tanya suspek kau dengan penuh bersemangat macam penyampai radio Era, “Hello! Inspektor Rizal di siniiii! Saya tanya, anda jawabbb… mari kita lihat siapa yang ke~naaaaa! Ha ha.]

Thumbs up untuk Adiputra, Kazar, Adlin, Ramli ‘Red Kebaya’ Hassan, Namron, M. Rajoli, dan Reefa. Reefa - lu memang best!

Hey, part semasa Cikgu Helmi says something to Junita kat birai katil, pergh, kau patut dengar betul-betul butir perkataan dan gaya percakapan Cikgu Helmi ni, masa part ni aku berbisik kepada Pipiyampong (well, Pipiyapong ‘ja yang ada… manalah ada awek nak temankan aku tengok wayang, hu hu hu), “Keluar ‘je panggung ni… aku nak jadi cikgu sekolah menengah asrama penuh; aku nak jadi warden!” “Aku pun!” Kata Pipiyapong.

[Cuba kau bayangkan – Pipiyapong, cikgu sekolah perempuan, warden asrama, kereta sukan – pergh, ‘kacip’ dah kombinasi ni dekkkk!]

Peran perempuan – Orang kata, lakonan Scha best. Orang kata, lakonan Liyana Jasmay best. Well, errrrmmm… ermmmm… [Dia berlakon filem HISTERIA dulu sebelum dia berlakon filem KAMI kot]…

Hey! Pinggang Liyana Jasmay bersaiz ‘secekak’ ‘je tau! And, she’s pretty.

Kesan khas/Make up/Kostum:
Bagus. Aku suka kemasan (finishing) pada busut tu.

Muzik latar:
Bagus. Sesuai dengan cerita seram.

Foley:
Tak perasan. Ada ke? Ada le sikit-sikit kot.

Skrip:
Straight forward. Tapi, Ustaz Zamri Bercerita kata, “Mantop!”

[Ruhayat! Belanja aku teh tarik dan Maggi goreng, ya!]

Plot (sebab dan akibat/kausaliti):
Macam, satu hari kau kat rumah, kau rasa kau nak pergi SS2, kau siap-siap, kau masuk kereta, kau start enjin kereta, kau memandu pergi SS2. Di antara point to point tu – macam-macamlah berlaku. Tak ada twist. Tak susah nak fikir-fikir.

Cuma, yang membezakan filem ini dengan cerita kau naik kereta pergi SS2 tu – filem ini disusun secara nonlinear. Itu pun cuma membabitkan babak awal sahaja.

Mukadimah sex:
Hey, sex sells-kan! Ha ha. Apapun, cuma ada dua babak sahaja kalau tak silap aku. Babak 1, Cikgu Helmi dengan Junita. Dan Babak 2, Zeta dengan Alissa. Filem ini masih sesuai untuk tontonan umum.

Opening:
Filem ni patut bermula dengan chaos. Bukannya bermula dengan Murni (Liyana Jasmay) yang koyak rabak berjalan keluar dari dalam ke anjung sekolah. Tapi, tentu sajalah James Lee akan kata, “Mula dengan chaos? Klise dude, klise!”

[Tetapi, setidak-tidaknya, awal-awal lagi kau dah boleh ‘hentak’ jantung penonton, dude!]

Flow:
Filem ini bergerak dengan agak perlahan. Aku menguap beberapa kali. Tapi, itu mungkin sebab aku dah kenyang makan tomyam ayam. Well, ada ketikanya aku ‘hilang’ dan segera menghayalkan Liyana Jasmay (dengan muncungnya yang ‘sungguh menyihir’ tu… ahaks)

Momentum filem ni mula memuncak, aku syak, apabila sampai ke minit ke-60++ (sorry, aku terlupa nak klik stopwatch jam mahal aku tu, ha ha). Masa ni, seorang lepas seorang mati, darah memancut-mancut, lari sana lari sini, jerit sana jerit sini, etc.

Dan, aku suka part fast cut editing tu – part pelbagai imej muncul di dalam bayangan fikiran Murni. [Masa ni mungkin ‘Murni’ pula ambil giliran untuk menghayalkan aku, “Horror sungguhlah abang Naga ni, hish! Brrrr…”] Aku suka part ni sebab aku tak pernah jumpa/tengok lagi filem seram yang ada fast cut editing macam video clips kugiran heavy metal.

Apa yang aku tak jumpa/tak dapat (dalam filem ni):
Kalau kau pernah tengok filem Carrie (1976), pada part hujung-hujung, part Carrie nampak bunga yang tumbuh di antara puing-puing rumah dia, masa Carrie nak petik bunga tu – tiba-tiba, keluar tangan dari dalam tanah dan cengkam tangan Carrie – pergh, masa tu jantung kau meletup, dekkk, meletuppp… awek kau semasa kaudandia bersekolah menengah berasrama penuh dulu tu punyalah cengkam lengan kau sampai luka-luka lengan kau, dekkk… kau tanya dia, apasal kuku awak panjang sangat ni, awak tak potong kuku ke, dan dia jawab, saya periodlah, period mana boleh potong kukulah bongok! [Hell na! Dalil ajaran sesat mana yang dia sudah ‘petik’ ni?]

[Eh, kau tahu tak perasaan yang aku cuba nak terangkan ni?]

Ya, sepanjang menonton HISTERIA – jantung aku tak ‘meletup’! Well, itu jantung aku… jantung orang lain aku tak tahulah!

Saranan:
Jadi, kalian pergilah tonton HISTERIA. Sebab, lebih banyak orang tonton – lebih banyak TAYANGAN UNGGUL dapat sen. Lebih banyak TAYANGAN UNGGUL dapat sen – lebih banyak lagi FILEM TEMPATAN akan dapat dihasilkan.

Kata-kata hikmat Cikgu Mat Sha’ari (cikgu Matematik aku, dulu):
Kalau ada budak HISTERIA kat asrama kita – kamu lempang dia cepat-cepat sampai pengsan… sebab HISTERIA ni mudah berjangkit!

[Encik *Eric Rosli pernah lempang Fauzan kat kantin sekolah, bukan sebab Fauzan HISTERIA, tetapi sebab Fauzan wish dia “Good morning, Sir!” sambil gelak-gelak.]

Nota kaki: Encik Eric Rosli ialah guru drama bahasa Inggeris kami.

06 November 2008

Berkata benar

Daripada Abu Zar al-Ghifari, Rasulullah bersabda, “Katakanlah benar walaupun pahit.”

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban: kitab Bulugh al-Maram.

13 Oktober 2008

You want a gum, soljah?

Reka bentuk buku ini terlupa untuk di-uploaded sebelum ini. :)

Image Hosted by ImageShack.us

SOLD OUT.

10 Oktober 2008

BahaZain said

ASM Sinagnaga,
Salam Syawal dan mohon maaf jua dan tak lupa juga T. Kasih kerana wajah buku ramai yg puji. Nampaknya tak berhenti aktif walaupun Raya. Inilah iltizam sejati manusia kreatif yg membuak-buak dengan idea. Teruskan jangan jemu.

October 6, 2008 10:56 AM

24 September 2008

Bagaimana mahu mencipta sebuah buku yang berfungsi (cantik)

SATU
Penulis, editor, pereka bentuk (grafik), eksekutif akaun (costing) dan eksekutif pemasaran harus 'duduk semeja'.

- Penulis menerangkan serba sedikit tentang karya tersebut. Penulis juga bolehlah memberi sebarang idea (yang mungkin telah difikirkan terlebih dahulu) untuk kerja-kerja penerbitan buku tersebut.

- Pereka Bentuk menambahbaik idea penulis. Atau, pereka bentuk memberikan idea lain yang lebih baik (jika ada/jika perlu).

- Eksekutif Akaun membuat pengiraan terhadap kos yang akan digunakan berdasarkan idea untuk kerja-kerja penerbitan yang telah dipersetujui oleh penulis, editor (yang mewakili penerbit), dan pereka bentuk (yang mungkin mewakili penerbit atau mewakili rumah pra-penerbitan).

- Eksekutif Pemasaran (berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau) bolehlah memberi pendapat, sama ada idea tersebut (selepas di visual-kan) boleh dijual atau pun tidak di pasaran terbuka (atau bagaimanapunlah kaedah penjualannya).

DUA
Reka bentuk buku yang telah dipersetujui ini kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk 'visual sebenar (atau lukisan penyudah)'.

- Kesemua 'visual sebenar' tersebut (dua unit atau lebih) perlulah melalui satu proses penyaringan oleh Majlis Jawatan Kuasa Reka Bentuk (Design Council) bagi memilih satu reka bentuk yang terbaik atau menambahbaik sesuatu 'visual sebenar' tersebut.

TIGA
Apapun keputusan (persetujuan) yang telah diambil dalam Majlis Jawatan Kuasa Reka Bentuk tersebut janganlah dipinda oleh mana-mana pihak lagi kerana ia telah pun melepasi suatu proses kualiti yang ketat dan begitu komprehensif.

The End.

22 September 2008

Karyawan hendaklah dibiarkan bebas untuk berkarya

KEGANASAN membawa maksud menyuruh seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang dia tidak suka untuk melakukannya. ~ ABU MUJAHEED.

14 September 2008

Di Padang Kehidupan

Image Hosted by ImageShack.us

Ada pesanan yang ditinggalkan di doket kerja: Penulis mahukan 'sebuah pemandangan yang penuh kehijauan serta berlatarbelakangkan gunung'. Kesannya - designer tak payah guna otak lagi untuk berfikir, ha ha.

Well, aku rasa, buku DBP - 'belia'! Asyik guna ilustrasi gunung, bukit, sungai, pokok, bla bla bla! Judul-judulnya pun masih guna gunung, bukit, sungai, pokok, bla bla bla! Sekali sekala gunalah judul seperti ROKIAH ANAZ: Hello, Apa Khabar Penjenayah!, TOK RIMAU KE KUALA LUMPUR, LURAH, HANCUS, LONGKANG KAK PINOI, etc etc.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Time time puasa ni manalah ada idea.

11 September 2008

Tiga Teater Muzikal

Mengikut Rekod Pretasi Harian - ini reka bentuk (pembetulan/penambahbaikan) yang ke-8. Ha ha. Kalau hingga ke-10 - aku BOKAK POSE dan-dan tu jugak!!!!

Image Hosted by ImageShack.us

NOTA: Logotype oleh Dr Hatta Azad Khan sendiri.

Tiga Teater Muzikal

Image Hosted by ImageShack.us

Kau ingat design ni dah final? Ha ha. Kau salah!

08 September 2008

Tiga Teater Muzikal (Designer's Idea)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Tiga Teater Muzikal

Image Hosted by ImageShack.us

Blurb kat back cover tu - bersaiz besar dan BOLD. So, Enche Saharil, design ni editor yang nak macam tu macam ni. Aku 'tukangkan' sahaja ya!

Tapi, kata aku, design buku ni macam design buku cenderamata - wat say you all?

07 September 2008

Tiga Muzikal (8.25" x 11")

Image Hosted by ImageShack.us

Damn! Tukar judul lagi. Dan, aku rasa design ni macam buku cenderamata. *wink*

Muzikal Kuala Lumpur (5.5" x 8.5")

Image Hosted by ImageShack.us

Damn! Lepas dah siap design - buku ni bertukar saiz dan bertukar judul.

19 Ogos 2008

Ingin Jadi Nasrallah (Who has the final say?)

"Apa kata kalau kita karate saja mamat baju hijau ni?" Mungkin, itu kata designer. Ha ha.

Image Hosted by ImageShack.us
Foto: Amin

Pereka Bentuk yang baik adalah Pereka Bentuk yang dapat menghasilkan kerja-kerja (yang functional) serta tidak melangkaui perbelanjaan (costing) yang dianggarkan (pada awal proses penerbitan) Penerbit.

Segala penambahbaikkan (atau apa sahajalah pertikaiannya, et cetera et cetera) hendaklah diselesaikan sebelum sesebuah kerja penyudah (final artwork) itu dihantar untuk proses selanjutnya.

"So, kita jadi karate tak ni?"

"Karateeeeeee!"

HA HA.

26 Julai 2008

Ingin Jadi Nasrallah (Duduk semeja)

Image Hosted by ImageShack.us
Buku mempunyai anatominya sendiri. Pereka bentuk yang baik adalah yang 'menghadam' anatomi buku. Buku yang cantik dan baik adalah 'buku yang berfungsi'. Selain aspek estetika, seseorang pereka bentuk amat menitikberatkan aspek teknikal bagi membolehkan sesebuah buku itu berfungsi dengan baik.

Image Hosted by ImageShack.us
Untuk menghasilkan buku yang berfungsi baik - penulis, editor penerbitan, dan pereka bentuk semolek-moleknya 'duduk semeja'. (Kenapa mereka perlu duduk semeja? Akan diterangkan pada sesi yang lain. Ha ha)

Image Hosted by ImageShack.us
Kalau perbincangan berlangsung lama - siapa-siapapun boleh lelapkan mata, sekejap. Ha ha.

23 Julai 2008

Ingin Jadi Nasrallah (Konsep/Idea)

Ding! Ding! Ding!

“Macamana awak dapat idea?” Orang selalu tanya aku.

Aku tak tahu. Yang aku tahu, ada hari idea aku best, dan ada hari idea aku tak best. Ha ha.

Ding! Ding! Ding!

26 Jun 2008

Antologi Kacak Jelita (terbitan MPR)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Aku hanya membuat final artwork (FA)-nya sahaja.

Catan “cenderawasih” oleh Rahimidin.

22 Jun 2008

Harga kertas naik 50 peratus

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

PETALING JAYA 21 Jun - Harga kertas, alat tulis, percetakan dan pembungkusan dijangka terus naik sehingga mencecah 50 peratus tahun ini.

Presiden Persatuan Pedagang Kertas Malaysia (MaPMA), Alvin Goh Kheng Jiu berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan lain ketika ini.

''Kenaikan harga kertas cetak kini mencecah AS$1,050 (RM3,412) bagi setiap tan metrik bakal menjejaskan kos operasi syarikat penerbitan dan percetakan.

''Dua tahun lepas, satu tan metrik kertas putih saiz A4 boleh dibeli dengan harga AS$800 (RM2,600) sahaja,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MaPMA yang dihadiri oleh para pengedar dan pembekal kertas, alat tulis dan mesin cetak di sini hari ini.

Beliau membuat kenyataan mewakili tiga lagi persatuan iaitu Persatuan Percetakan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor (SFTCPPA), Persatuan Mesin-mesin Cetak Malaysia (MPA) dan Persatuan Penerbit Buku dan Alat Tulis Kuala Lumpur dan Selangor (SKLSBA).

Sementara itu, Pengarah Urusan Ajensi Riaz Sdn. Bhd. Ramjan Din berkata, kenaikan harga kertas juga berpunca daripada dominasi harga pasaran oleh syarikat pengeluar kertas terbesar di dunia, Kumpulan Sinar Mas dari Indonesia.

''Syarikat tersebut menghadapi masalah kekurangan bahan mentah iaitu pulpa, ekoran sekatan penguat kuasa terhadap pemotongan pokok di hutan.

''Memandangkan seluruh negara Asia bergantung kepada pengeluaran kertas dari negara itu, maka berlakulah monopoli harga yang mengakibatkan kenaikan harga kertas di pasaran tempatan sekarang,'' katanya.

Dalam pada itu Alvin berkata, persatuan-persatuan di dalam industri berkenaan menyarankan kerajaan memansuhkan duti import dari negara Asia sebanyak lima peratus dan dari negara bukan Asia sebanyak tujuh peratus terhadap kertas untuk percetakan dan kertas putih saiz A4.

Saranan tersebut, katanya, dibuat supaya pengimportan kertas tidak dimonopoli oleh satu pihak sahaja dan terbuka kepada syarikat pengeluar kertas dari Eropah dan dengan itu, harga kertas akan menurun.

Sumber: Utusan Online

29 Mei 2008

15 Mei 2008

Roti & Kopi (Thumbnails)

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Typo design untuk visual ketiga.
Image Hosted by ImageShack.us
Atau yang ini lebih molek?
Image Hosted by ImageShack.us

22 April 2008

Nabil (Raja Lawak)

Image Hosted by ImageShack.us

Foto oleh Tok Rimau

11 April 2008

Postponing Truth and Other Poems (Final)

Image Hosted by ImageShack.us

“Ehhh, tak nampak macam posing sangat ke?” Kata Dato' Baha Zain.

"Ok ni, Dato'! Lagi pun... bila lagi kita nak memperkenalkan penulis-penulis kepada pembaca.” Kata aku. Cuba menyuntik 'pop' ke dalam reka bentuk kulit luar buku-buku sastera terbitan DBP.

"Tapi, saya bukan Sasterawan Negara!" Kata Dato' Baha Zain.

Aku mengekek. Dalam hati.