11 April 2008
Postponing Truth and Other Poems (Final)
“Ehhh, tak nampak macam posing sangat ke?” Kata Dato' Baha Zain.
"Ok ni, Dato'! Lagi pun... bila lagi kita nak memperkenalkan penulis-penulis kepada pembaca.” Kata aku. Cuba menyuntik 'pop' ke dalam reka bentuk kulit luar buku-buku sastera terbitan DBP.
"Tapi, saya bukan Sasterawan Negara!" Kata Dato' Baha Zain.
Aku mengekek. Dalam hati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
Cover cun!
Wow! Buat pertama kalinya, design buku puisi mendekati aliran pop. Selalunya, buku puisi kulitnya hambar-hambar belaka. Tapi design kulit buku ini betul-betul membuat khalayak yang tak minat puisi untuk menyelaknya.
Bravo!!
Aku kira cover ini nampak jelas ketrampilan si empunya karya. Tegas dalam kelembutan, antik dalam kemodenan.
Fusion. Fusion.
Boleh tarik audiens lama dan baru hendak mengenali.
Cover ini ada class!
Nampak international standard.
Kalau disusun dengan buku-buku puisi tempatan lain, buku ini nampak stand out.
Kalau aku jadi Baha Zain, aku akan kata, "proceed".
sumpah..memang smart.!!
ASM Lan,
Saya sudah terpengaruh dengan komentar yang cun belaka. Bagaimana ya? Yang paling hebat yg kata: tegas dlm kelembutan dan antik dlm kemodenan.Ungkapan ini lebih puitik drpd puisi-puisi saya.Isteri saya bilang, saya nampak hebat kerana kerusi itu nampak lebih tua drpd saya.Kita tunggu visual alternatif--Baha Zain
Dato',
"The tribe has spoken!" Kata hos siri Survivor tu. Ha ha.
Saya harap DBP akan calonkan reka bentuk kulit buku Postponing Truth ini kepada MBKM untuk merebut hadiah Best Designer of The Year. HA HA. Kalau saya menang - kita semua pergi makan satey!
Untuk buku Dato' yang akan datang - kekalkan 'truth' tu - untuk sajak2 cinta guna 'Naked Truth' ke, 'Truthly' ke, et cetera et cetera.
ASM SiNagaNaga, Tiga pengarang muda yg lihat kulit buku kata, designer telah memecah tembok klise. Saya berasa betapa tumpulnya pisau seni saya kerana lambat kata OK.Sebenarnya saya ada 2 lagi kumpulan, tetapi malu nak beri DBP,mungkin tahun depan.Kalau dapat proses yg kita lalui dapat dilakukan pd buku lain, tentu buku DBP akan lebih hebat.Designer kena sabarlah karenah penyair.
Dato',
Saya suka siri 'truth truth' ni. Saya harap buku seterusnya pun - Dato' kekalkan 'truth truth' tu.
Tentang nak design buku dato' tu - kalau bos suruh - saya buat 'ja. Bak kata Dato', saya ni pun entah siapa-siapa, bukan SN, apatah lagi Ketua Reka Bentuk Syarikat D. HA HA.
Catat Ulasan