14 September 2008

Di Padang Kehidupan

Image Hosted by ImageShack.us

Ada pesanan yang ditinggalkan di doket kerja: Penulis mahukan 'sebuah pemandangan yang penuh kehijauan serta berlatarbelakangkan gunung'. Kesannya - designer tak payah guna otak lagi untuk berfikir, ha ha.

Well, aku rasa, buku DBP - 'belia'! Asyik guna ilustrasi gunung, bukit, sungai, pokok, bla bla bla! Judul-judulnya pun masih guna gunung, bukit, sungai, pokok, bla bla bla! Sekali sekala gunalah judul seperti ROKIAH ANAZ: Hello, Apa Khabar Penjenayah!, TOK RIMAU KE KUALA LUMPUR, LURAH, HANCUS, LONGKANG KAK PINOI, etc etc.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Time time puasa ni manalah ada idea.

9 ulasan:

Tok Rimau berkata...

aku pilih yg hijau. aku tak faham fungsi oren kat tengah cover buku tu. buang oren tu.

kalau ada layang2. somewhere, boleh break monotony of the image. rasa sunyi je.

sinaganaga berkata...

Mau,
Aku tukang jahit ja. Editor yang jadi pereka fesyennya (oh, kecikkan sikit, turunkan sikit teksnya,ooo, akak tak sukalah biru - tukar gunung yang hijau, part belakang nak hijau kosong saja ya, bla bla bla). :(

Apabila aku tanya, "kenapa? atas alasan apa nak 'turunkan sikit'?" Mereka jawab, "akak sukalah kalau teks tu diturunkan sikit."

Allo p****k, aku design buku ni guna GRID tau!!!! Kau ingat main pakai balun 'ja ke?

P/s: Itu sebab, seperti yang kau tahu, aku suka design buku2 terbitan Sindiket Sol-Jah dan buku kawan-kawan 'ja.

benuasuluk berkata...

Ga,
kalau padang kehidupan je balik-balik gambar mesti padang. balik-balik gunung. Apa ko tak boleh ke bagi penampar sedas kat editor. Ko glamer aper. Baru best designer terkenal tampar editor.

sinaganaga berkata...

Suluk,
Dalam kepala aku - apabila aku dapat tajuk DI PADANG KEHIDUPAN ni - tak ada pun visual padang ka, gunung ka, alam semesta ka - yang ada: gambar manusia berpusu-pusu pegun atau with slow speed)!

Hah! Tu baru idea 'tahap dewa', dude!!!!!

Tapi, yang paling buat aku begang, part editor suruh "turunkan sikit teks tu...!" Dude, aku design guna GRID dude!!! Komposisinya semua aku dah kira - imbangan simetri ke, imbangan tak simetri ke, etc. Dia orang ingat aku design pakai HANTAM saja ke weh?

**haurihati** berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
**haurihati** berkata...

Jangan suka-suka kutuk editor dalam blog. Semua editor baca. Entahkan siapa tuan, entahkan siapa kuli. DBP bukan client DAWAMA, ia bos.

sinaganaga berkata...

Haurihati,
Kalau semua editor baca - baguslah! Harap terbuka hati.

Kalau DBP bos Dawama - setakat ni, designer dah ikut dah kesemua kehendak editor. Jadinya, kalau buku tak lawa - tak payahlah salahkan designer pada masa akan datang.

For ya info: dalam dua tiga tahun ni, designer dah berusaha (walaupun terpaksa bertikam lidah atau terpaksa 'makan hati') untuk design kulit buku yang baik dan mengikut trend semasa untuk DBP. Bukan nak riak - tapi, semua orang tak boleh nak nafikan peningkatan estetika kulit buku DBP hari ini. Jadi, jangan kita HANCUSkan semula! Hati-hati.

dugongsenyum berkata...

Longkang Kak Pinoi? HAHAHAHAHAHA

Adeh...

Nisah Haji Haron berkata...

Tak setuju langsung dengan semua design. Klise sangat gambarnya. Mentang-mentang padang kehidupan, mestikah ada gambar padang???

Kalau nampak buku ni, pasti takkan beli!