13 Januari 2009

Ice box

Apabila kau sudah tidak dapat lagi melihat reka bentuk kulit luar buku yang aku kerjakan di blog ini - kau bolehlah mengagak-agak kenapa... Ha ha.

Well, sesungguhnya manusia itu selalu berada dalam kerugian. Serius!

11 Januari 2009

MAUT: Sebuah trilogi yang semacam Mastika

Prolog:
Pada kali ini aku tak datang bersaing-saing dengan Liyana Jasmay.

Nota dari Press Kit:
Maut merupakan sebuah filem BERUNSUR ISLAM yang ‘paling mengesankan’ selepas filem hitam putih Isi Neraka arahan Jamil Sulong yang diterbitkan oleh Malay Film pada 48 tahun yang lalu.

Melalui sudut pandangannya sendiri, sutradara Bade Hj. Azmi cuba menyampaikan ilmu pengetahuan, pengalaman, dan pemikiran beliau dengan mengupas dan memaparkan permasalahan sosial masyarakat Islam di Malaysia dewasa ini.


Cerita/Skrip:

Kalau kau suka baca majalah Mastika – kau suka filem ini. Ha ha.

Maut merupakan filem trilogi yang tidak mempunyai kaitan cerita di antara ketiga-tiganya. Watak-watak dalam setiap ceritanya tidak ‘menyeberang (crossover)’ ke dalam cerita-cerita yang lain.

Cerita 1: Kisah tentang roh orang mati dirogol yang menjelma kembali ke bumi untuk meminta pertolongan daripada orang hidup.

Moral: Aku tak nampak penerapan nilai-nilai Islam dalam filem ini, kecuali - Fadilah (Emy Nadia/mangsa rogol) yang bertudung.

Cerita 2: Kisah tentang seorang pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Dan, cerita tentang seorang gadis yang tak berpuasa. Di suatu ‘titik pertemuan’ – mereka bertemu dan insaf. Well, kalau dah filem berunsur Islam – mestilah penyundahnya dalam bentuk ‘suatu keinsafan’. Barulah ‘Islam’, ya tak? Ha ha.

Moral: Tak kiralah sama ada kau mengamalkan cara hidup Islam atau mengamalkan cara hidup bebas (Con: Balik dari London, jinjing botol Red Wine, cium boyfriend Mat Saleh, et cetera et cetera) – kalau dah naik kereta –Fasten Your Seatbelts!

Moral lain: Lelaki Melayu memang kodi sebab tak bagi perempuannya ‘space’, itu kata perempuan Melayu yang menganut fahaman (agama?) ‘feminism’. HA HA. Dan, sebagai lelaki Melayu, kau patut menyesali takdir ini. Kau patut berdoa agar kau segera bertukar menjadi rama-rama. Kerana, jangka hayat rama-rama tak lama. HA HA.

Cerita 3: Kisah tentang seorang pemuda yang begitu meminati muzik dan gaya hidup Black Metal. Pada suatu hari, kereta yang dinaiki pemuda ini ditimpa kemalangan dan pemuda itu mati. Mati jadi roh yang bergentayangan (tidak diterima bumi).

Moral: “Kalau dah ada seatbelts – pakai! Kalau masih tak ada seatbelts – apa nak dipakaikan, ya tak! Tak apa, kami tak saman. Cuma… kalau dah ada seatbelts, tapi tak pakai… kalau kami jumpa, kami saman!” Kata abang JPJ kat dalam TV tu. Ha ha.

Dalam cerita ke-3 ni, pemuda tu duduk belakang, tak pakai seatbelt, kemalangan, tak sempat nak saman – mati! So, Fasten Your Seatbelts!

Plot (sebab dan akibat/kausaliti):
Tak ada crossover di antara ketiga-tiga cerita di dalam trilogi Maut ini. Ia macam… kau tulis tiga buah cerpen, selepas itu kau persembahkan cerpen-cerpen itu satu persatu secara bersiri (di susun secara bersiri - macam bateri besar di dalam lampu suluh abah kau yang diperbuat daripada ayan tu).

Cuma, kalau kau suka baca majalah Mastika – kau mesti suka filem ni.

Pengarahan:
Bade Hj Azmi adalah seorang pengarah yang telah lama dan telah banyak mengarah filem-filem. Jadi, aku syak, sepatutnya dah tak ada masalah lagi dah. Cuma, sejak bila mamat Black Metal balik gigs naik kereta Proton Waja, bang? HA HA.


Sinematografi:

Tidak ada apa-apa masalah dari segi komposisi dan pencahayaan oleh gandingan Bade Hj Azmi, Khalid Zakaria, Nazrul Ashraff Mahzan, Nasirah Ramlan ini.

Cerita 1 – Aku suka shot di dalam bas tu. Cuma, jalanraya di malaysia sangat bumpy. Jadi, shot-nya pun ada sedikit bumpy-lah. Ha ha.

Cerita 2 – Aku suka shot di babak akhir. Shot-nya sengaja di-blur-kan ketika kedua-dua peran berlalu pergi meninggalkan penonton. Ini adalah shot alternatif kepada shot ‘berlalu pergi’ yang telah biasa kita lihat (shot peran membelakangkan penonton dengan memperlihatkan punggung mereka yang beroleng-oleng).

Cerita 3 – Shot di gigs kugiran Black Metal tu nampak kodi. Boleh guna sudut kamera yang tinggi untuk shot babak ni bagi menambah estetika. Atau, edit babak ini dengan fast cut – baru nampak ‘kecoh’, beb! Apapun, pada pendapat aku, editing muzik video ‘Hitam - Fury’ oleh Kumprinx lebih ‘kacip’. Ha ha.

Peran:
Que Haidar – sangat bagus.

Liyana Jasmay – seperti selalu-selalu, mempertaruhkan bibir muncungnya yang menyihir. Perghhh!

Epilog:
Kendatipun kami tak datang bersaing-saing dengan Liyana Jasmay, tetapi kami pulang bersaing-saing dengan Umie Aida, yeay! Umie Aida yang berpakaian serba putih itu sangat cantik. Dan percayalah, hatta melihat akan strut-nya sahaja – nescaya kau akan berfantasi macam-macam, alahai!

Saranan:
Jadi, kalian pergilah tonton MAUT. Sebab, lebih banyak orang tonton – lebih banyak TAYANGAN UNGGUL dapat sen. Lebih banyak TAYANGAN UNGGUL dapat sen – lebih banyak lagi FILEM TEMPATAN akan dapat dihasilkan. Sokonglah filem tempatan.