28 Mac 2010

Seputar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Statistik yang dikeluarkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia membaca 3 buku setahun. Statistik yang dikeluarkan pada tahun 2010 pula menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia membaca 8 sehingga 12 buku setahun. Dan saya begitu yakin bahawa saya masih sebahagian daripada statistik pada tahun 2005 itu, ha ha.

Pun begitu, saya tidak pernah ketinggalan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada setiap tahun dan membeli sekitar 5 sehingga 10 buku dari pelbagai jenis. Dan, ha ha, sebahagian besarnya tidak saya baca; menjadi koleksi di rak buku berskala mewah di rumah. Jadi kawan-kawan penulis, jangan berkecil hati dek sikap saya ni ya! [Nota: Sehingga kini saya masih terhegeh-hegeh membaca buku Kawin-Kawin - 2002 - oleh Azizi Abdullah - tak tahu bila akan selesai membacanya.]

Pada tahun ini sahaja saya telah membeli buku tulisan kawan-kawan - Aku Mahu Kamu (Aleya Aneesa), Setenang Cahaya Hati (Salina Ibrahim), Beruk (Azizi Abdullah), Puisi Untuk Esdyzuar (Nisah Haron), dan dua buah buku bukan tulisan kawan-kawan - The Clothes They Stood Up In (Alan Bennett), dan World Press Photo of the Year 2005.

Selebihnya adalah buku tulisan kawan-kawan sebagai hadiah ikhlas dari mereka - Ketupat-Ketupat Cinta (Nazri M. Annuar), Perjalanan Salik (Rahimidin Zahari), Ayah Udin Ahli Bomba (terjemahan Che Mazlan Saad), Hujan oh Hujan (terjemahan Che Mazlan Saad), *Ingin Jadi Nasrallah (Faisal Tehrani) [*Saya menangani reka bentuk buku ini beberapa tahun sebelum penerbitannya menjadi 'separuh' kenyataan pada tahun ini] dan majalah ITNM (dihadiahkan oleh Anuar Manshor).

Oleh kerana itu, saya syak, 1 sehingga 2% pembelian buku oleh masyarakat Malaysia adalah kerana faktor 'membeli kerana hendak memberi sokongan moral kepada kawan-kawan'. Dan faktor 1 sehingga 2% ini jugalah yang menjadi kekuatan Sindiket Sol-Jah dan menjadi sebahagian teras strategi perniagaan kami selama ini. 'Buku kami laku sebab kawan-kawan beli.' dan 'Kawan-kawan beli buku kami sebab nak memberi sokongan moral kepada kami.' Ha ha.

Nak harap kami menulis se-best arwah Pak Arena Wati - jangan haraplah! HA HA. Jadi, sedari dulu lagi saya telah merangka plan induk bagaimana mahu menjual buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah. Dan pada hari ini, sedikit demi sedikit saya membongkar rahsianya kepada khalayak, ha ha.

Bak kata Jackie Chan, "Everything at that time was Bruce Lee. So we decide, we'll do the opposite. We be more fancy, more pretty, more comedy." dan tambahnya lagi, "When Bruce Lee kick high, I kick low. Where he goes 'arrgh', I go 'whoosh!'"

Ya, apabila kawan-kawan penulis tendang tinggi, kami tendang rendah! Whooshhhhh!

Oleh kerana itu, jangan bimbang! Kami tidak akan dan tidak mahu bersaing dengan penulis-penulis mapan! Kami cuma mahu bersaing dengan diri kami sendiri! Humcha!

Kendatipun, ini tidaklah bermakna kami akan bikin buku secara cincai-bocai! Percayalah, tahun demi tahun kami berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan lagi mutu penghasilan buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah. Hasrat kami untuk masa akan datang, "Kalau tak boleh dapat anugerah SEA Write Award - dapat anugerah Sasterawan Negara dalam kategori berkumpulan pun jadilah!" Chewahhhhh! HA HA!

Dan, seperkara lagi, janji kami sejak dulu, segala keuntungan yang kami perolehi daripada hasil penjualan produk-produk Sindiket Sol-Jah akan kami kembalikan kepada masyarakat dalam bentuk penganjuran Maskara. Jadi, jika suatu ketika nanti kami tidak lagi menganjurkan Maskara - ketahuilah olehmu aduhai kawan-kawan yang kami suka, bahawa, aaa, itu maknanya kami sudah 'tutup kedai' atau kami telah menceburi bidang hartanah pula. HA HA!

[Earth Hour! Faisal Tehrani kirim SMS suruh saya tutup semua lampu! Oh sungguh hawau punya gelap, sehinggakan nak cari seulas bawang putih kat dapur pun dah tak nampak ni! He he.]

Akhir kata, pada hemah saya, jika saya tidak berupaya membaca banyak buku (yang sebahagian besarnya tebal-tebal) - saya mahu menyimpan seberapa banyak buku kawan-kawan penulis dan buku-buku yang saya suka 'tengok' sebagai koleksi peribadi di rak buku berskala mewah di rumah.

Selamat tinggal PBAKL tahun 2010 dan selamat datang PBAKL tahun-tahun seterusnya!

5 ulasan:

dugongsenyum berkata...

TABIK!!!

spyz berkata...

Ada org pegi pesta buku sbb nk cari buku yg dia penah baca lamaaaa dulu.. bukan nak baca pun, buat koleksi aje..aku lah tu ha ha..

elmaaniq berkata...

Novel Vovin - karipap-karipap cinta.

ketupat-ketupat cinta karya syafizanurrazi al-kassimy yang berasal dari alor setar, kedah sempena hari raya nanti

Tanpa Nama berkata...

"Kami cuma mahu bersaing dengan diri kami sendiri!"

Naga, sebenarnya bersaing dengan diri sendiri lebih sukar tetapi mengasyikkan.

Dan juga, membeli buku kawan-kawan serasa sudah melunaskan tanggungjawab hidup bermasyarakat, tak gitu?

fadz berkata...

susah juga nak membaca semua buku bila beli serentak kan? nak tahan diri dari masuk kedia buku, hoho