19 November 2008

HISTERIA: Sebuah review semi teknikal berdasarkan 'syak wasangka', ha ha

Image Hosted by ImageShack.us
Yang mati kena ratah ni bukan Liyana Jasmay

Disclaimer:
Terus terang, aku lebih suka tengok filem porno (dari garapan Encik Andrew Blake, misalnya), HA HA.

Nota dari Press Kit:
HISTERIA adalah sebuah filem seram bersifat ‘universal’ yang berkiblatkan filem-filem seram Hollywood (ber-trademark-kan ‘jalan cerita yang ringkas dan mudah untuk difahami’) merupakan filem arus perdana pertama arahan James Lee. Ceritanya pula ditulis oleh James Lee dan Amri Ruhayat. Period.

Sinematografi:
Kamera – Aku syak, James Lee dan tenaga produksinya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan penerapan nilai-nilai ‘Asas Seni Lukis’ dan ‘Prinsip Rekaan’ untuk menghasilkan shot-shot dalam HISTERIA. Depth of field bagi sesetengah shot begitu melegakan mata – aku suka. Aku syak, filem ini hanya dihasilkan dengan penggunaan tripod atau dolly sahaja; tanpa penggunaan camera crane. Kalau ada – sorry, aku tak perasan.

Pencahayaan – Aku syak, James Lee dan tenaga produksinya gemar bermain-main dengan gaya pencahayaan Rembrandt bagi mewujudkan mode seram. Satu part yang aku betul-betul suka – pencahaya untuk shot ‘minah membersihkan radas di dalam makmal sains sebelum dia kena ‘ratah’ dengan hantu raya’. Aku syak, dua lampu telah digunakan (dalam shot ini). Kendatipun, kedua-dua buah lampu ini tidak disusun secara selari (bertentangan di antara satu sama lain/Butterfly), sebaliknya lampu pertama telah ditempatkan di sebelah kiri subjek dan lampu kedua telah ditempatkan agak jauh ke hadapan di sebelah kanan subjek – apa yang berlaku adalah, ketika minah tu duduk, highlight ‘jatuh’ di sebelah kanan mukanya – kemudian dia dengar ‘something’ dan dia bangun dan berjalan ke hadapan – dan apabila minah tu sampai di hadapan frame, highlight ‘jatuh’ di sebelah kiri mukanya. Masa tu aku menyumpah di dalam hati, “Cilakak lu James! Hell na! [Pergh, aku betul-betul suka shot ni.]” Aku tak pasti sama ada ia cuma kebetulan atau lampu-lampu itu telah disusun sedemikian rupa. Kalau memang ‘telah disusun’ – “Rajin tu, siotttt!” Bravo!

Oh ya, aku syak, filem ini juga tidak menggunakan fogging bagi menampakkan lagi kesan pencahayaan yang berkabut.

Peran:
Aku suka ‘permainan’ peran-peran lelaki dalam filem ini (kecuali Adman). Aku syak, perwatakan manusia-manusia yang menjalani rutin harian yang samaaaa pada setiap hari memang begitu – mendatar. Kendatipun, ‘permainan’ tutur kata mereka yang flat dan sengaja dibuat-buat ini ‘ada texture!’

[Yalah, dah kalau kerja kau polis/pegawai penyiasat Bukit Aman – hari-hari kerja kau, menyiasat – tanya soalan, takkanlah ada satu hari tu kau akan tanya suspek kau dengan penuh bersemangat macam penyampai radio Era, “Hello! Inspektor Rizal di siniiii! Saya tanya, anda jawabbb… mari kita lihat siapa yang ke~naaaaa! Ha ha.]

Thumbs up untuk Adiputra, Kazar, Adlin, Ramli ‘Red Kebaya’ Hassan, Namron, M. Rajoli, dan Reefa. Reefa - lu memang best!

Hey, part semasa Cikgu Helmi says something to Junita kat birai katil, pergh, kau patut dengar betul-betul butir perkataan dan gaya percakapan Cikgu Helmi ni, masa part ni aku berbisik kepada Pipiyampong (well, Pipiyapong ‘ja yang ada… manalah ada awek nak temankan aku tengok wayang, hu hu hu), “Keluar ‘je panggung ni… aku nak jadi cikgu sekolah menengah asrama penuh; aku nak jadi warden!” “Aku pun!” Kata Pipiyapong.

[Cuba kau bayangkan – Pipiyapong, cikgu sekolah perempuan, warden asrama, kereta sukan – pergh, ‘kacip’ dah kombinasi ni dekkkk!]

Peran perempuan – Orang kata, lakonan Scha best. Orang kata, lakonan Liyana Jasmay best. Well, errrrmmm… ermmmm… [Dia berlakon filem HISTERIA dulu sebelum dia berlakon filem KAMI kot]…

Hey! Pinggang Liyana Jasmay bersaiz ‘secekak’ ‘je tau! And, she’s pretty.

Kesan khas/Make up/Kostum:
Bagus. Aku suka kemasan (finishing) pada busut tu.

Muzik latar:
Bagus. Sesuai dengan cerita seram.

Foley:
Tak perasan. Ada ke? Ada le sikit-sikit kot.

Skrip:
Straight forward. Tapi, Ustaz Zamri Bercerita kata, “Mantop!”

[Ruhayat! Belanja aku teh tarik dan Maggi goreng, ya!]

Plot (sebab dan akibat/kausaliti):
Macam, satu hari kau kat rumah, kau rasa kau nak pergi SS2, kau siap-siap, kau masuk kereta, kau start enjin kereta, kau memandu pergi SS2. Di antara point to point tu – macam-macamlah berlaku. Tak ada twist. Tak susah nak fikir-fikir.

Cuma, yang membezakan filem ini dengan cerita kau naik kereta pergi SS2 tu – filem ini disusun secara nonlinear. Itu pun cuma membabitkan babak awal sahaja.

Mukadimah sex:
Hey, sex sells-kan! Ha ha. Apapun, cuma ada dua babak sahaja kalau tak silap aku. Babak 1, Cikgu Helmi dengan Junita. Dan Babak 2, Zeta dengan Alissa. Filem ini masih sesuai untuk tontonan umum.

Opening:
Filem ni patut bermula dengan chaos. Bukannya bermula dengan Murni (Liyana Jasmay) yang koyak rabak berjalan keluar dari dalam ke anjung sekolah. Tapi, tentu sajalah James Lee akan kata, “Mula dengan chaos? Klise dude, klise!”

[Tetapi, setidak-tidaknya, awal-awal lagi kau dah boleh ‘hentak’ jantung penonton, dude!]

Flow:
Filem ini bergerak dengan agak perlahan. Aku menguap beberapa kali. Tapi, itu mungkin sebab aku dah kenyang makan tomyam ayam. Well, ada ketikanya aku ‘hilang’ dan segera menghayalkan Liyana Jasmay (dengan muncungnya yang ‘sungguh menyihir’ tu… ahaks)

Momentum filem ni mula memuncak, aku syak, apabila sampai ke minit ke-60++ (sorry, aku terlupa nak klik stopwatch jam mahal aku tu, ha ha). Masa ni, seorang lepas seorang mati, darah memancut-mancut, lari sana lari sini, jerit sana jerit sini, etc.

Dan, aku suka part fast cut editing tu – part pelbagai imej muncul di dalam bayangan fikiran Murni. [Masa ni mungkin ‘Murni’ pula ambil giliran untuk menghayalkan aku, “Horror sungguhlah abang Naga ni, hish! Brrrr…”] Aku suka part ni sebab aku tak pernah jumpa/tengok lagi filem seram yang ada fast cut editing macam video clips kugiran heavy metal.

Apa yang aku tak jumpa/tak dapat (dalam filem ni):
Kalau kau pernah tengok filem Carrie (1976), pada part hujung-hujung, part Carrie nampak bunga yang tumbuh di antara puing-puing rumah dia, masa Carrie nak petik bunga tu – tiba-tiba, keluar tangan dari dalam tanah dan cengkam tangan Carrie – pergh, masa tu jantung kau meletup, dekkk, meletuppp… awek kau semasa kaudandia bersekolah menengah berasrama penuh dulu tu punyalah cengkam lengan kau sampai luka-luka lengan kau, dekkk… kau tanya dia, apasal kuku awak panjang sangat ni, awak tak potong kuku ke, dan dia jawab, saya periodlah, period mana boleh potong kukulah bongok! [Hell na! Dalil ajaran sesat mana yang dia sudah ‘petik’ ni?]

[Eh, kau tahu tak perasaan yang aku cuba nak terangkan ni?]

Ya, sepanjang menonton HISTERIA – jantung aku tak ‘meletup’! Well, itu jantung aku… jantung orang lain aku tak tahulah!

Saranan:
Jadi, kalian pergilah tonton HISTERIA. Sebab, lebih banyak orang tonton – lebih banyak TAYANGAN UNGGUL dapat sen. Lebih banyak TAYANGAN UNGGUL dapat sen – lebih banyak lagi FILEM TEMPATAN akan dapat dihasilkan.

Kata-kata hikmat Cikgu Mat Sha’ari (cikgu Matematik aku, dulu):
Kalau ada budak HISTERIA kat asrama kita – kamu lempang dia cepat-cepat sampai pengsan… sebab HISTERIA ni mudah berjangkit!

[Encik *Eric Rosli pernah lempang Fauzan kat kantin sekolah, bukan sebab Fauzan HISTERIA, tetapi sebab Fauzan wish dia “Good morning, Sir!” sambil gelak-gelak.]

Nota kaki: Encik Eric Rosli ialah guru drama bahasa Inggeris kami.

20 ulasan:

sinaganaga berkata...

Ha ha, first time aku mengulas filem ni, ha ha.

Ajami Hashim berkata...

habislaa ku seman & wahab hamzah tak bleh cari makan! wakakakak!

best siottt komen 'abang' naga!

hegira berkata...

wah. suatu ulasan yang best dan agak detail. nnti boleh ulas lagi filim.

tapi kenapa ada banyak syak wasangka nih bang.. haha.

sinaganaga berkata...

Alina,
Aku syak ajalah sebab aku mana pernah terlibat dengan produksi filem. Ini berdasarkan ‘apa aku tengok - aku fikir macamana artwork tu dibuat'. Alaaa, macam aku ngan kau tengok painting kat galeri jugalah - kita study medium la, kita study stroke la, et cetera et cetera.

Ajami,
Ini adalah ulasan semi tenikal berdasarkan 'syak wasangka' aku 'ja. Ha ha.

theblabber berkata...

wahh..dasat ar ulasan. :)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

hah macam ni laa yang gua nak cakap kat lu itu hari..hahaha..

saharil berkata...

fuh, siap hal lampu lampi pun dikomen nyer.

asuhara sue berkata...

entah-entah lepas ni david teoh plak jemput kau review flm dia bang!

sinaganaga berkata...

Mizi,
Ha ha.

Pipiyapong,
Ya ya, gua tahu, lu dengan gua memang 'kacip', ya ya.

Ril,
Nak komen tang mutu lakonan - aku tak tahu! Ha ha.

Asu,
Boleh boleh, ha ha. Mungkin, Rochang Nor pun akan panggil gua nanti tu, ha ha.

Rapala Jingga berkata...

Eric rosli tu lelaki berbangsa inggeris kan? Akupun pernah jadi murid dia. Dia juga hampir tampar kawan aku bila ucap selamat pagi sambil gelak-gelak.

Ruhayat X berkata...

Tuan Naga,

cek kau dah siap untuk dipikap. Hahaha. Best ke ini cerita? Aku pun belum tengok lagi. Tapi so far tak de lagi rebiu yang "get" genesis dan 'semangat' ini filem... Tapi kalau dapat pecah panggung, apa kisah.r

sinaganaga berkata...

Namron,
Ya, Encik Eric Rosli yang itu le - dulu dia mengajar kat sekolah menengah, ha ha. Kejam mamat ni wo, ha ha - aku pernah kena jerit sebab SERETTTTTT meja semasa tirai dilabuhkan. Dia kata, "Engkat!, Changan seriiittt!" Yelah, budak kecik, mana larat nak angkat meja - gua SERETTTT je laaa, ha ha.

Ruhayat,
Aku tengok keliling juga malam tu - kot2 le kau ada semasa sidang akhbar tu. Tarak pun!!!! Tak dijemput ke? Or, kau memang tak mau datang sebab takut perempuan-perempuan akan merusuh apabila ternampak kau?

Ruhayat X berkata...

Diorang suruh aku pakai kostum tu dan berdiri tegak depan panggung. Sial betul jadi scriptwriter ni, asyik kena buli jerk.

landaklaut berkata...

review yang penuh dengan syak wasangka. huhu..

fadz berkata...

suka rebiu ni.. satu point: Tu bukan Carrie tapi Sue (lakonan Amy Keating tak silap aku, bekas bini Steven Spielberg) yg letak bunga arwah kat rumah carrie yg ranap lalu tangan tu tangan Carrie. Ya, ini babak 'full of shock' yg ramai pembikin Hollywood terus ikut sampai sekarang (hantu kena kejut mati pada akhir - tonton semua Nightmare on Elm Street, Phantasm, termasuk Hari Jumat, sebuah filem seram Indonesia).

sinaganaga berkata...

Ruhayat,
HA HA. Apsal kau tak sergah aku pada masa tu?

Lan dak,
Ha ha.

Fadz,
Ya ka? Ha ha. Aku tengok filem tu pun pada tahun 1981 - apalah yang kau harapkan sangat. Lagi pun, bukan aku tengok sangat wayang tu - awek kat sebelah dok menyorok celah ketiak aku 'je. :)

Ruhayat X berkata...

Tuan Naga,

entah-entah awek tu masih ada bawah celah ketiak kau? Macam filem Shutter?

Lyn berkata...

Nice review. Ada isi, ada joke..sangat menghiburkan! :)

sinaganaga berkata...

Ruhayat,
HA HA. Dah tak ada. Dah jadi bini orang. :) Dan, dah gemuk, HA HA.

Bratty,
Ye ke? Entah! Ha ha.

jamme berkata...

baru lepas tgk histeria..and x tau nk gmbrkan apa yg saya rasa time tgk citer ni..
hmm totally agree, x de kejutan jiwa pn...and agree jugak on komen ttg fast cut editing tu...sgt menarik hihi.
tp nk tmbh jugak...citer ni ada selit2 humor yg bleh tahan menjadik gak la..x tau laa kalau x humor tp terjadi humor ke kan....contoh time reefa and lentoq bual2... and perasan x time zeta ckp yg lentoq dh mati...mcm klaka kat situ...hihi

anyway nice review...so skrg saya dh clear on opinion saya pasal citer ni...