Kata bijak pandai, "Keberkesanan (functional) sesebuah penerbitan itu bergantung kepada editornya yang 'power'. Bukan 'power' editornya."
Selain tugasnya menyunting naskhah, lazimnya editor juga berperanan sebagai pengurus projek sesebuah penerbitan itu. Editor juga berperanan sebagai penghubung di antara penulis dan pereka bentuk dan 'team' pemasaran. Mahupun begitu, secara idealnya, editor bukanlah pemegang 'kuasa mutlak' menentukan rupa akhir sesebuah penerbitan.
Untuk menjadi seorang editor yang 'power' - seseorang itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang penyuntingan, penulisan, reka bentuk, dan pemasaran. Sekaligus.
Adalah sesuatu yang mendukacitakan jika dalam sebuah majlis ilmu yang dianjurkan oleh PURNAMA DBP, editor-editor muda yang menangani/akan menangani projek penerbitan buku bergambar untuk kanak-kanaknya hanya menjadi urusetia (pendaftaran, pencatat, dan lain-lain).
Ketika pembentangan kertas kerja berlangsung, beberapa orang urusetia di meja pendaftaran (yang terdiri daripada editor-editor) bersantai-santai sesama mereka. "Tak masuk dengar 'talk'?" Tegur aku. "Oh! Saya tengah tunggu peserta-peserta yang mungkin lambat sampai!" Kata mereka.
Damn!
27 Disember 2007
17 Disember 2007
Suluk Cinta 2 - editor rejects
11 Disember 2007
28 November 2007
07 November 2007
29 Oktober 2007
Tirani
Saya penulis novel Tirani. Saya lebih suka jika kulit novel ini ada wajah pada bahagian mata yang cantik menawan kerana mata lebih 'expressive'- menampakkan perasaan berbanding bibir yang agak kaku.
Beb Sabariah
Beb,
Bukan tak ada. Ada. Cuma... editor dan kamek lebih suka cover yang paling atas.
Beb yang menulis. DBP yang menerbit. Terpulanglah! Apapun, ketiga-tiga cover ini akan masuk Design Council (di mana editor, pegawai pemasaran, art director akan duduk semeja) terlebih dahulu; keputusannya akan kami buat bersama-sama setelah mengambil kira beberapa faktor lain juga.
Itu ulasan dari kamek yang jauh di mata. Daa!
Naga
27 September 2007
12 September 2007
09 September 2007
04 September 2007
08 Ogos 2007
01 Ogos 2007
31 Julai 2007
Cetusan Kalbu Seorang Penyair
Kumpulan puisi Cetusan Kalbu Seorang Penyair diwarnai dengan puisi yang bertemakan keagamaan. Keluh resah, keinsafan, kesyukuran, ketakwaan, dan keimanan yang lahir dari kalbu seorang hamba terhadap Maha Pencipta, dihimpunkan menjadi satu. Bait-bait puisi yang puitis telah mencetuskan perasaan rendah diri penulis terhadap Rab, sekali gus mengusik naluri pembaca.
Pereka bentuk: Ilustrasi pohon zaiton dipilih bagi mewakili tema keagamaan ini. Dengan hot stamping warna merah pada tajuk dan matt uv/laminate untuk kemasan akhir akan menambah seri buku ini.
Pereka bentuk: Ilustrasi pohon zaiton dipilih bagi mewakili tema keagamaan ini. Dengan hot stamping warna merah pada tajuk dan matt uv/laminate untuk kemasan akhir akan menambah seri buku ini.
22 Jun 2007
Langgan:
Catatan (Atom)