
tak apalah sayang
kalau mengingatiku
akan mengisi sakit
di ruang dadamu
kausimpanlah daku
di balik sayap kenanganmu...
LIM KIM HUI
Sebuah tesis bergambar tentang proses penciptaan
Reka bentuk kulit buku ini tidak ada sangkut paut langsung dengan isi dalamnya. Loh, suatu impian lama yang baru terlaksana.
Warna hitam putih dipilih kerana penerbit tak cukup bajet.
Mesyuarat belum mula pun... Kak Halilah (editor) dah kata, "Akak tak suka!"
Apabila mesyuarat bermula, Kak Halilah beritahu, Sangeetha ialah kisah cinta orang tua. Jadi, dia mahu gambar orang tualah yang sepatutnya menghiasi kulit buku ni....
Aku temberang Kak Halilah. Aku tunjuk visual kulit luar dengan gambar Makcik Letchumy. Aku beritahu, Makcik Letchumy sendiri kata, "Pudi a vaanom! Pudi a vuumi!” Yang maksudnya, “Saya punya muka tada lawa. Nanti buku tada lakulah, tambi!" Aku nampak Nasir (pemasaran) angguk-angguk setuju. Aku nampak Mohas sudah tutup senyum dengan telapak tangan. Aku nampak ramai lagi sudah tahan gelak.
Akhirnya Kak Halilah setuju. Tapi, dengan syarat... Gelapkan sikit latar belakangnya!
"Oklah...", aku kata.