26 Mei 2010

Orang Kita


Front Illustration (alt)


Front Illustration


Logo@back


Front


Back

Zan,
Aku tak tahulah artwork di bahagian hadapan tu boleh bikin ke tak.

Maskara Shorties [2010]



28 Mac 2010

Seputar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Statistik yang dikeluarkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia membaca 3 buku setahun. Statistik yang dikeluarkan pada tahun 2010 pula menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia membaca 8 sehingga 12 buku setahun. Dan saya begitu yakin bahawa saya masih sebahagian daripada statistik pada tahun 2005 itu, ha ha.

Pun begitu, saya tidak pernah ketinggalan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada setiap tahun dan membeli sekitar 5 sehingga 10 buku dari pelbagai jenis. Dan, ha ha, sebahagian besarnya tidak saya baca; menjadi koleksi di rak buku berskala mewah di rumah. Jadi kawan-kawan penulis, jangan berkecil hati dek sikap saya ni ya! [Nota: Sehingga kini saya masih terhegeh-hegeh membaca buku Kawin-Kawin - 2002 - oleh Azizi Abdullah - tak tahu bila akan selesai membacanya.]

Pada tahun ini sahaja saya telah membeli buku tulisan kawan-kawan - Aku Mahu Kamu (Aleya Aneesa), Setenang Cahaya Hati (Salina Ibrahim), Beruk (Azizi Abdullah), Puisi Untuk Esdyzuar (Nisah Haron), dan dua buah buku bukan tulisan kawan-kawan - The Clothes They Stood Up In (Alan Bennett), dan World Press Photo of the Year 2005.

Selebihnya adalah buku tulisan kawan-kawan sebagai hadiah ikhlas dari mereka - Ketupat-Ketupat Cinta (Nazri M. Annuar), Perjalanan Salik (Rahimidin Zahari), Ayah Udin Ahli Bomba (terjemahan Che Mazlan Saad), Hujan oh Hujan (terjemahan Che Mazlan Saad), *Ingin Jadi Nasrallah (Faisal Tehrani) [*Saya menangani reka bentuk buku ini beberapa tahun sebelum penerbitannya menjadi 'separuh' kenyataan pada tahun ini] dan majalah ITNM (dihadiahkan oleh Anuar Manshor).

Oleh kerana itu, saya syak, 1 sehingga 2% pembelian buku oleh masyarakat Malaysia adalah kerana faktor 'membeli kerana hendak memberi sokongan moral kepada kawan-kawan'. Dan faktor 1 sehingga 2% ini jugalah yang menjadi kekuatan Sindiket Sol-Jah dan menjadi sebahagian teras strategi perniagaan kami selama ini. 'Buku kami laku sebab kawan-kawan beli.' dan 'Kawan-kawan beli buku kami sebab nak memberi sokongan moral kepada kami.' Ha ha.

Nak harap kami menulis se-best arwah Pak Arena Wati - jangan haraplah! HA HA. Jadi, sedari dulu lagi saya telah merangka plan induk bagaimana mahu menjual buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah. Dan pada hari ini, sedikit demi sedikit saya membongkar rahsianya kepada khalayak, ha ha.

Bak kata Jackie Chan, "Everything at that time was Bruce Lee. So we decide, we'll do the opposite. We be more fancy, more pretty, more comedy." dan tambahnya lagi, "When Bruce Lee kick high, I kick low. Where he goes 'arrgh', I go 'whoosh!'"

Ya, apabila kawan-kawan penulis tendang tinggi, kami tendang rendah! Whooshhhhh!

Oleh kerana itu, jangan bimbang! Kami tidak akan dan tidak mahu bersaing dengan penulis-penulis mapan! Kami cuma mahu bersaing dengan diri kami sendiri! Humcha!

Kendatipun, ini tidaklah bermakna kami akan bikin buku secara cincai-bocai! Percayalah, tahun demi tahun kami berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan lagi mutu penghasilan buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah. Hasrat kami untuk masa akan datang, "Kalau tak boleh dapat anugerah SEA Write Award - dapat anugerah Sasterawan Negara dalam kategori berkumpulan pun jadilah!" Chewahhhhh! HA HA!

Dan, seperkara lagi, janji kami sejak dulu, segala keuntungan yang kami perolehi daripada hasil penjualan produk-produk Sindiket Sol-Jah akan kami kembalikan kepada masyarakat dalam bentuk penganjuran Maskara. Jadi, jika suatu ketika nanti kami tidak lagi menganjurkan Maskara - ketahuilah olehmu aduhai kawan-kawan yang kami suka, bahawa, aaa, itu maknanya kami sudah 'tutup kedai' atau kami telah menceburi bidang hartanah pula. HA HA!

[Earth Hour! Faisal Tehrani kirim SMS suruh saya tutup semua lampu! Oh sungguh hawau punya gelap, sehinggakan nak cari seulas bawang putih kat dapur pun dah tak nampak ni! He he.]

Akhir kata, pada hemah saya, jika saya tidak berupaya membaca banyak buku (yang sebahagian besarnya tebal-tebal) - saya mahu menyimpan seberapa banyak buku kawan-kawan penulis dan buku-buku yang saya suka 'tengok' sebagai koleksi peribadi di rak buku berskala mewah di rumah.

Selamat tinggal PBAKL tahun 2010 dan selamat datang PBAKL tahun-tahun seterusnya!

04 Februari 2010

17 Ogos 2009

Naik

Damn! Harga kertas naik lagi 10%.

30 Julai 2009

Salun Eksotikata (KA atau SEK)

Imran,
Aku dah cuba letak rambut-rambut tu - macam bulu *** 'ja! HA HA.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

NOTA: Sebarang pandangan - sila tinggalkan pada entri di bawah (entri sebelum ini).

08 Julai 2009

Kembara Distonia

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Funny Things Happen!

“Cantik! Saya suka!” kata si penyunting dalam emel kepada penyelia saya, “Nasib baik kaver ni bukan Sinaganaga yang design. Kalau Sinaganaga yang design... entah apa-apalah jadinya!" [Lebih kurang begitulah isi kandungan emelnya].

"Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga visual kaver ini Sinaganaga yang design! Sekian, terima kasih!" kata penyelia saya dalam emel kepada si penyunting.

Ha ha, ok ok, sekian, terima kasih!

25 Jun 2009

Platun Harimau

Sebuah novel perang yang sarat dengan cinta, darah, dan air mata dan riuh-rendah dengan bunyi mesingan dan ledakan grenad. Selepas Sudahkah Kamu Bertemu Mariam? - Platun Harimau adalah yang terbaik!

Makanya, jika anda adalah peminat novel perang-perang - akan terbit sebelum bulan puasa - beli dan hadiahkan kepada abah anda (pesara tentera atau bukan pesara tentera), adik anda (yang dok le tukar-tukar kerja saban bulan), anak anda (yang dok le main tembak-tembak sampai lupa nak balik makan tengah hari) sebagai hadiah Hari Raya tahun ini. Asyik-asyik bagi hadiah kain pelikat pun boring juga weh! *ahaks*

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Platun Harimau adalah berdasarkan sebahagian daripada kisah benar anggota-anggota pasukan elit dan sulit (rahsia) Tiger Platoon yang diwujudkan khas oleh Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer DiRaja bagi menentang dan menghapuskan pasukan khas pengganas komunis, Black Jacket.

Kata Tok Rimau (Sindiket Sol-Jah), "I mesti beli punyalah!"

18 Jun 2009

Badrul Bambi

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Buku ni bukan aku design. Aku cuma buat final artwork-nya saja. 'Badrul Bambi' ini sedang aku kerjakan. Ada beberapa pindaan pada reka bentuk kulitnya. Makanya, tungguuuuuu!

Revolusi Nanik

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

15 April 2009