Memaparkan catatan dengan label Ecer-eceran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ecer-eceran. Papar semua catatan

13 Januari 2009

Ice box

Apabila kau sudah tidak dapat lagi melihat reka bentuk kulit luar buku yang aku kerjakan di blog ini - kau bolehlah mengagak-agak kenapa... Ha ha.

Well, sesungguhnya manusia itu selalu berada dalam kerugian. Serius!

23 Mac 2008

Mengapa kita perlu tahu Asas Seni Reka

Pengetahuan Asas Seni reka bolehlah disamakan dengan cara mengira dalam pelajaran Matematik - seperti sebelum seseorang itu boleh mengira atau membilang nombor dengan betul atau tepat, terlebih dahulu seseorang itu perlu tahu cara-cara mengira. Dalam membuat pengiraan, ada struktur atau peraturan untuk dijadikan panduan mengira.

31 Januari 2008

Marsli N.O. tanya

"Ge, kenapa design buku yang telah siap dicetak tak sama dengan design yang di dalam blog ini?" Tanya Marsli, penuh suspicious, pada suatu hari.

"Visual di dalam blog ini kebanyakkannya yang di-reject atau visual yang lebih menarik tidak terpilih!" Jawab aku.

Ya, kebanyakkan design yang tertera di blog ini adalah idea asal (sebelum di "Akak nak kau besarkan sikit tajuknya dan kecilkan sikit nama pengarangnya dan ermmm... akak tak sukalah gambar lelaki meraung tu! Nampak horror!" oleh editor).

Dan kalau kau bertegas juga dengan idea (bersama-sama alasan yang dititip dengan 1. asas seni lukis, 2. prinsip rekaan, 3. permerhatian terhadap trend terkini reka bentuk buku di pasaran) - editor (atau, pernah seorang writer) akan menangis. At the end of the day, 1. kau ikut jugalah permintaan editor (atau writer) dan hasilnya akan jadi macam palat, 2. pada ruang 'perhubungan dengan pelanggan' di borang KPI (atau KRA) kau - penyelia kau dengan berat hati terpaksa tulis 1 out of 5. Ha ha.

Damn!

27 Disember 2007

Editor 'Power' vs Editor Urusetia

Kata bijak pandai, "Keberkesanan (functional) sesebuah penerbitan itu bergantung kepada editornya yang 'power'. Bukan 'power' editornya."

Selain tugasnya menyunting naskhah, lazimnya editor juga berperanan sebagai pengurus projek sesebuah penerbitan itu. Editor juga berperanan sebagai penghubung di antara penulis dan pereka bentuk dan 'team' pemasaran. Mahupun begitu, secara idealnya, editor bukanlah pemegang 'kuasa mutlak' menentukan rupa akhir sesebuah penerbitan.

Untuk menjadi seorang editor yang 'power' - seseorang itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan dan berpengalaman luas dalam bidang penyuntingan, penulisan, reka bentuk, dan pemasaran. Sekaligus.

Adalah sesuatu yang mendukacitakan jika dalam sebuah majlis ilmu yang dianjurkan oleh PURNAMA DBP, editor-editor muda yang menangani/akan menangani projek penerbitan buku bergambar untuk kanak-kanaknya hanya menjadi urusetia (pendaftaran, pencatat, dan lain-lain).

Ketika pembentangan kertas kerja berlangsung, beberapa orang urusetia di meja pendaftaran (yang terdiri daripada editor-editor) bersantai-santai sesama mereka. "Tak masuk dengar 'talk'?" Tegur aku. "Oh! Saya tengah tunggu peserta-peserta yang mungkin lambat sampai!" Kata mereka.

Damn!

05 Oktober 2006

Buah fikiran Encik Gow Michiyoshi

Beberapa tahun dahulu. Di dalam kelas Encik Gow Michiyoshi. Dia memberitahu; Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pereka bentuk untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk buku (kulit luar) 'yang lain daripada yang lain'. Kerana, di rak-rak, terdapat banyak reka bentuk buku (kulit luar) yang serupa. Dengan hal yang demikian sesuatu reka bentuk buku itu akan lebih menonjol dan lebih menggamit pembeli/pembaca.

Aku angkat tangan dan tanya; Apa akan jadi jika banyak pereka bentuk mendengar nasihat ini dan akur, lalu menghasilkan reka bentuk buku (kulit luar) 'yang lain daripada lain'?

“Wahai anakku, sudah tentulah ia akan menjadi sesuatu yang serupa!” Kata Encik Gow Michiyoshi.