Disclaimer
Kau keluar dari panggung dan kau segera lupa dengan apa yang kau telah tonton tadi. Kendatipun, bukanlah kau tidak cuba untuk mengingat-ingat… ermmmmmmm…. Sudahnya, kau mendakwa, kau lebih suka tengok filem porno. Sebab, selepas kau tonton filem porno – kau syak, kau masih boleh mengingat-ingat. Ha ha.
Pengenalan
LOS DAN FAUN mengisahkan dua orang sahabat karib, Los dan Faun, yang berhijrah ke kota besar untuk mencari sesuap makan. Pada suatu hari, dengan tidak semena-mena, Faun telah mendapat kepandaian untuk menganalisa (berdasarkan alasan-alasan yang berlandaskan logik akal) sesuatu perkara yang telah pun berlaku. Oleh hal demikian, mereka telah mengkomersialkan kepandaian ini dengan menubuhkan sebuah agensi mencari barang-barang hilang.
[Oh ya, sejak zaman dahulukala, kerja-kerja mencari barang hilang ini banyak dilakukan oleh tukang tilik/bomoh dengan kadar upah yang ‘Ikhlaslah nak bagi berapa!’ ‘Ikhlaslah nak bagi berapa!’ bukanlah suatu prinsip dalam bidang komersial.]
Aku syak, Fauziah Latif memang seorang yang manja, sama ada di luar filem mahupun di dalam filem. Aku syak, Fauziah Latif telah melakonkan watak dirinya sendiri di dalam filem ini. Dari tutur kata, liuk mata, getar bibir, gerak tubuh, (adakalanya kau rasa macam kau kenal benar dengan Fauziah Latif sehinggakan kau semacam boleh tahu Fauziah Latif pakai minyak wangi apa pada ketika itu) – manja Fauziah Latif ini bukanlah manja yang dibuat-buat. Jadi, lelaki manalah yang tidak akan berfantasi yang bukan-bukan, alahai! Untunglah kau, Rochang Nor!!!! HA HA.
“Hello bang! Fauziah Latif tak berlakon dalam filem LOS DAN FAUN ya!”
Oh! Iye? Ha ha.
Ok! Tetapi, LOS DAN FAUN masih punya Erra Fazira. Ya! Erra Fazira juga sangat cantik! Lantas, lelaki manalah yang tidak berfantasi yang bukan-bukan, alahai!
[Dalam filem ini, Faun jatuh cinta dengan Jasmin; mengakibatkan ‘kepandaian’ Faun menjadi tumpul. Ya, selain porno yang boleh mengakibatkan kau jadi buta… cinta juga begitu sifatnya: membutakan dan menumpulkan.]
Sinematografi
Tak ada banyak yang aku boleh perkatakan. Kalau kau pernah tengok Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumo-lah – hah, LOS DAN FAUN pun macam itulah. Hey, tapi kalau kau suka tengok Buli, Buli Balik, Sumo-lah – kau akan suka filem ini.
Pengarahan
LOS DAN FAUN adalah Buli campur Buli Balik campur Baik Punya Cilok campur Sumo-lah. Pendek kata, LOS DAN FAUN adalah filem oleh ‘kawan-kawan yang kita suka’ yang tersangatlah Afdlin Shauki. Sebagai rekod, filem ini arahan pertama Afdlin yang bukan Afdlin sebagai perlakon utamanya.
[Dan, hal ‘kawan-kawan yang kita suka’ ini adakalanya membawa padah (Rujuk ROMLAH: The Untold Stories). Hey! Tapi kami peduli apa!]
Cuma, kadang-kadang kau nak tengok style pengarahan yang lain daripada Afdlin.
Sebab dan Akibat/Kuasaliti
Macam… pada suatu hari, kau rasa nak pergi ke SS2. Kau start enjin kereta, dan kau drive menuju ke SS2. From point to point tu kau akan isi dengan apa-apa yang berlaku. Cuma, dalam Los dan Faun, kau fikir kau boleh ikut Jalan Sungai Besi untuk ke SS2, tiba-tiba kau rasa tak logik kalau kau guna Jalan Sungai Besi tu… lalu kau patah balik, kemudian kau cuba pula ikut Jalan Duta, tiba-tiba kau rasa tak logik kalau kau guna Jalan Duta tu, et cetera et cetera… sehinggalah kau benar-benar jumpa jalan yang sesuai dan logik (berdasarkan analisa kau) untuk sampai ke SS2. Hah, masa nilah - polis datang dan tangkap semua penjahat! Dan, kau ada peluang untuk berkasih dengan perempuan cantik. Erra Fazira, misalnya.
Dan, hal ini, merupakan core yang kau perlu bentuk dalam menghasilkan cerita-cerita berbentuk Detektif Conan ini. Hey, tapi kalau kau suka kartun Detektif Conan – kau akan suka filem ini.
Moral
Afdlin selalu kata, filem-filem beliau ada mengandungi moral (yang terselindung di antara baris-baris teks). “Kena tengok dulu! Baru boleh tahu!” Ha ha. Aku rasa ini semua strategi pemasaran untuk mengajak penonton ke panggung.
Secara peribadi, aku syak, aku tak jumpa moral yang Afdlin cuba nak terapkan ini. Kalau ada pun, aku syak, moral-moral itu banyak dan berpencar-pencar. Ataupun, apa yang Afdlin maksudkan itu bukan ‘moral’, tetapi ‘mockery’! Aku cuma syak. Kalau silap – jangan marah!
[Moral? Moral ada dua jenis. Satu - moral baik. Dua - moral tak baik. Period.]
Lakonan
Khir Rahman
Khir Rahman amat bagus. Aku syak, pembentukkan skrip yang sedemikian rupa telah banyak membantu Khir Rahman dalam memperankan wataknya itu. Aku suka. Sangat kacip.
[Aku tak pasti, skrip itu yang membentuk watak Khir Rahman ataupun Khir Rahman yang telah membentuk skrip itu sehingga menjadi sedemikian rupa.]
Aku syak, Khir Rahman pula akan jadi peran utama dalam filem arahan Afdlin yang akan datang, aku syak.
Noor Khiriah
Noor Khiriah mati terapung di dalam tong takungan air. Ha ha. Ada sekali tu, sedang dia asyik terapung dengan matanya yang terbeliak – pelupuk matanya TERkelip. HA HA.
“Hah! Kalau lu teror lu bikinlah, bang! Gua nak tengok berapa lama lu boleh tahan kelip!”
Iyalah, iyalah!
Ida Nerina
Siapa tak kenal Ida Nerina! Perghhhhh!
Sofi Jikan
“Kat mana ada jual rokok?” Sofi Jikan tanya.
“Kat Tupai-Tupai ada kot!” Aku jawab.
Ha ha. Ini bukan sebahagian dialog dalam filem LOS DAN FAUN. Ini perbualan singkat dan penuh ilmiah kami ketika bertemu semasa MASKARA SHORTIES dulu. Ha ha. Dan, aku syak, untuk jadi hip - kita semua kena hisap rokok.
Kesimpulan
Kalau kau memang suka gila kat Afdlin Shauki dan kartun Detektif Conan – kau akan suka LOS DAN FAUN. Aku? Ya, aku lebih suka filem porno. :)
16 Disember 2008
Langgan:
Catatan (Atom)